BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA.
(1) Petempatan Awal Asia Tenggara.
a) Pembahagian kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Terbahagi dua iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara
dan Kepulauan Asia Tenggara.
2. Kerajaan di Tanah Besar Asis Tenggara seperti kerajaan Funan,
Angkor, Ayuthia.
3. Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara seperti kerajaan Kedah
Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu) dan Srivijaya.Majapahit (di Kepulauan
Indonesia).
b) Bilakah munculnya petempatan dan kerajaan awal.
1. Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan untuk menentukan
jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan.
2. Kerajaan terawal adalah Funan (dikatakan abad ke-2 M),
buktinya jumpaan langgam seni arca di sini dipengaruhi langgam seni arca
Amravati India.
3. Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik.
4. Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan.
5. Hubungan perdagangan antarabangsa berlaku sejak zaman
logam buktinya jumpaan gendang gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk
(Terangganu), Sg.Klang (Selangor).
6. Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku buktinya
jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor).
7. Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di
Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal.
8. Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif
sebagai kerajaan kerana masih belum menpunyai raja.
9. Walau bagaimanapun perdagangan maritim berkembang seiring
dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu.
10. Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan
maritime berlaku sejak abad ke –5 SM tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya
muncul pada abad ke –2 M.
(2) Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara
a) Bentuk – bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Kerajaan Agraria – berasaskan pertanian, penternakan,
memungut hasil hutan dan laut.
2. Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti
kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah
gunung berapi – kerajaan Taruma (Indonesia).
3. Kerajaan maritim – berasaskan perdagangan, kelautan dan
perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan
seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok
(Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).
4. Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi
kerajaan maritim contohnya Funan.
b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.
1. Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.
2. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan
relung kerana kurang air.
3. Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
4. Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
5. Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
6. Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
7. Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
8. Kura – kura mendapatkan kulitnya.
9. Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
10. Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan
hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim.
11. Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh
Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.
c) Kegiatan pertanian kerajaan agraria Angkor.
1. Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus
pengairan dan baray, kesannya hasil padi menampung keperluan makanan penduduk
Angkor.
2. Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke
Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah.
3. Tasik ini turut mengairi sawah padi.
4. Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.
5. Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman.
d) Kegiatan ekonomi kerajaan maritim.
1. Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
2. Peringkat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut.
3. Kemudian menjadi perkampungan nelayan.
4. Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.
5. Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini
menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ), Kuala
Selinsing ( Perak ).
6. Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan
barangan – emas, timah, rotan, damar, hasil laut.
7. Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan
seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
8. Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran
kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan
Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan barat.
9. Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang
strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak yang terletak di
Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan atara China dan
India. Ini juga mendorong kedatangan pedagang ke dua – dua negara ke situ.
10. Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil
hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.
11. Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu
dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas – orang Yunani dan India
telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.
12. Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan,
orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua
franca.
13. Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka
dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan
Srivijaya.
14. Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu
(jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
15. Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit.
e) Ciri – ciri kerajaan maritim Srivijaya.
1. Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.
2. Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai
golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal keselamatan dan
perdagangan di Selat Melaka.
3. Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India
singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik di Selat Melaka.
4. Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan
pemerintahannya dan jajahan takluknya.
5. Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.
f) Ciri – ciri kerajaan Kedah Tua/Chieh-cha/Kataha.
1. Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 – menganut
agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke –11 hingga 13 – menganut agama
Hindu).
2. Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan
arca Hindu/Buddha.
3. Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi
Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan,
pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan
Myanmar.
4. Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini.
5. Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung
dari angin monsun memajukan pelabuhannya.
6. Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang
seperti damar, rotan, timah.
7. Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera, teh,
kaca, manik, tembikar.
g) Konsep saling bergantung dan melengkapi antara
kerajaan agraria dan maritim.
1. Penduduk agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra)
menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan kepada kerajaan maritim, sebaliknya
kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah
China/India seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.
2. Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil hutan
sebagai barang pertukaran.
3. Kerajaan maritim membina kapal dengan mendapatkan kayu
yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti kayu kerajaan Pegu).
4. Gajah yang menjadi kenderaan raja maritim juga didapati
daripada kerajaan agraria di Siam.
(3) pengaruh agama Hindu /Buddha dalam kerajaan awal.
a) Proses permulaan kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.
1. Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.
2. Peranan pedagang atau Vaisya.
3. Peranan Brahmin atau pendeta.
4. Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan
budaya tempatan berlaku, buktinya arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya –
ikatan tali kulit harimau hanya ada di Srivijaya.
5. Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang
pemerintah di Asia tenggara dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain – di
Kedah Tua(Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab
Vishnu).
6. Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan
perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India
beralih mendapat emas di Asia Tenggara.
b) Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.
1. Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem
beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli
agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
2. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi
undang – undang, menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus
adil kepada golongan diperintah.
3. Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang
mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan
kedudukan pemerintahannya.
4. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan
membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.
5. Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina
kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap
alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka
raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).
c) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.
1. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.
2. Raja dianggap raja dewa.
3. Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
4. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
5. Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai
tentera dan hakim.
d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.
1. Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.
2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu
yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada mereka
bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.
4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat
(parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti haim, temenggung dan
penghulu.
5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan
bhupati (orang-orang kaya).
7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang,
berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ.
e) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.
1. Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk
memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi/kuil,
wat/stupa, arca dan patung.
2. Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu
jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan
raja.
3. Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.
4. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat,
tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.
5. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu,
tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha.
6. Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
7. Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
8. Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya
tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti
Gupta.
f) Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.
1. Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.
2. Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
3. Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.
g) Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.
1. Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
2. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna,
setiap tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
3. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.
h) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah
Bujang.
1. Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat
dan Pangkalan Bujang.
2. Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci
tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagian luar).
3. Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.
i) Pengaruh bahasa Sankrit.
1. Bidang intelektual – batu bersurat tulisan sankrit
mengandungi maklumat agama, pemerintahan, raja. Contohnya di Kutei tentang
keturunan raja, di Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha.
2. Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran pahat batu
yang tinggi – penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa sankrit.
3. Bahasa sankrit ini juga digunakan dalam kitab – kitab
keagamaan dan bahasa.
4. Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam bahasa Melayu
seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka (derhaka).
5. Bahasa sankrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu,
Buddha, Tamil.
6. Bahasa ini menjadi bahan ilmu dan komunikasi kerajaan
awal Asia Tenggara.
j) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan.
1. Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabhrata
serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara).
2. Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti
Nagarakertagama, Sutasoma.
3. Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan
teater seperti wayang kulit.
4. Karya Mahabrata diadun dengan unsur tempatan seperti
Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya.
5. Karya Ramayana pula melahirkan HikayatSeri Rama.