BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA
KEDUA
Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu
sehingga Perang Dunia Kedua.
Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem
politik tempatan :
• British meletakkan seorang Residen
• Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada
pembesar tempatan
• Pembesar diberikan pencen
• Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
• Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan
/mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
• Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk
terhadap British
Perkembangan sistem pendidikan :
• Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir
tentang kemajuan bangsa
• Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak
penjajahan British
• Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran
mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
• Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan
menolak penjajahan
Dasar British dalam sistem pentadbiran:
• Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
• Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di
Tanah Melayu
• Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap
di sini
• Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan
jumlah imigran di Tanah Melayu
• Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
• Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan
getah dan perniagaan.
• Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak
dimajukan oleh British
• British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
• Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan
segala kekurangan
• Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik /
perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
• Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
• Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara
orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
• Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang
Melayu
• Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan
nasionalisme
Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan
nasionalisme.
• konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan
negara negara Asia
• Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan
persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
• Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji
untuk memerdekakan Tanah Melayu
• Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan
/kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci
penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
• Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang
tempatan
• Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union
tahun 1946, orang Melayu menentang
• Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun
Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945
membangkitkan semangat menentang penjajah:
• PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan
kejam
• Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap
penyokong Jepun
• Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
• Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota
PKM
• Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang
Kemunculan mesin cetak:
• Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
• Mendorong kepada penentangan terhadap British
• Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain,
idea menentang penjajah dapat disebarkan
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap
kesedaran semangat kebangsaan:
• Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk
membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
• Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas
negara-negara Islam
• Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di
Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
• Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam
ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
• Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
• Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
• Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak
matlamat yang sama
Kesedaran Politik Serantau:
• Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan
budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
• Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih
matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
• Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi
bacaan masyarakat di Tanah Melayu
• Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan
telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
• Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan
penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu
GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU
Maksud Gerakan Islah:
• Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha
membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
• Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran
al-Quran dan Hadis.
• dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti
al-Azhar di Mesir
Tokoh-tokoh /pelopor:
• Sheikh Tahir Jalaludin
• Syed Syeikh al-Hadi
• Dr. Burhanuddin al-Helmy
Matlamat / tujuan / isu:
• menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras
dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
• Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang
Melayu.
• Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran
orang Melayu
• Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan
orang Melayu.
• Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam
memajukan orang Melayu.
Akhbar/ Majalah:
• Al-Imam
• Neracha
• Edaran Zaman
• Pengasuh
• Saudara
Tokoh-tokoh:
Sheikh Tahir Jalaluddin:
• Tokoh gerakan Kaum Muda.
• merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada
akhbar al-Imam
• menulis dalam majalah al-Manar.
Syed Syeikh al-Hadi:
• tokoh gerakan Kaum Muda
• menubuhkan Jelutung Press
• menerbitkan majalah Saudara.
• mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang
• mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.
Halangan/Tentangan:
• Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua
yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat
dengan fahaman lama mereka.
• Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain
semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu
megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
• Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan
baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang
menghalang pengaruh Kaum Muda.
• Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan
dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
• Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang
di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
• Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang
sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk
pendidikan.
Sumbangan:
• Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda
yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
• Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan
akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
• Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan
pendidikan.
Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran
Kebangsaan:
• Akhbar, majalah dan Novel memainkan peranan yang penting
dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
• Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah
Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaa’ba ) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir
dan cendekiawan ulung Melayu.
• Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab
ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
• Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti
Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.
• Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk
memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang
menekan orang Melayu.
• Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu
ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.
Akhbar:
• Warta Melayu
• Lembaga Malaya
• Majlis Utusan Melayu
• Warta Negara
• Fajar Sarawak
Akhbar dan Isu yang dibangkitkan
Sosial/Pendidikan:
• Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
• Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
• Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative
seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha
• Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk
pendidikan anak-anak.
• Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti
pertukangan dan kerja tangan
• Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan
orang Melayu
• Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya
nilai ekonomi
• Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam
pentadbiran British.
• Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
Aspek ekonomi:
• Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi
tempatan
• Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
• Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
• Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
• Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di
Kuala Lumpur
• Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dari aspek
politik ialah
• Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja
Melayu
• Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak
melaksanakan – kemajuan kepada masyarakat Melayu
• Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran
kerajaan.
• Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk
melindungi orang – Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
• Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya
bersatu dalam sebuah – pertubuhan kebangsaan
• Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan
Majalah
Pengasuh:
• Majalah pengasuh ini telah membangkitkan isu berikut,
• Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi
kemajuan ummah
• Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
• Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
• Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
• Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
Guru:
• Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah diterbitkan dan
pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd
Sidin Rashid.
• Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;
• Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak
Melayu
• Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
• Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
• Membaiki taraf hidup orang Melayu
• Memajukan bahasa dan sastera Melayu
• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin
bahasa.
• Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan
oleh Zainon Sulaiman.
• Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu
berikut:
• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu
Johor.
• Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan
diri
• Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai
Islam dan budaya Timur
• Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.
Novel:
• Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran
bangsa ialah :
• Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
• Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
• Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
• Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid
Keris Melaka Ahmad Bakhtiar:
• Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
• Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti
Hang Tuah
• Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk
mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda
Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad:
• Semangat anak muda menentang penjajah
• Hargai warisan bangsa
• Semangat cintakan tanah air
• Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan
Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid:
• Emansipasi wanita
• Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
• Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan
bangsa
Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ):
• Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan
pada 7 April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang
Melayu.
• Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera,
tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
• Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang
seperti S.M Zainal Abidin B.A
• Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan
dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
• Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di
kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.
• Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana
organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.
• Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan
Melayu.
Kesatuan Melayu Muda ( KMM ):
• KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
• Bersifat radikal dan anti-penjajah British
• Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung
Malim,Perak
• Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu
• Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
• Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun
untuk menghalau British dari Tanah Melayu
• KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar
Warta Malaya
• Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan
sokongan KMM telah menubuhkan cawangannya di Maahad Ihya Assyariff di Gunung
Semanggol untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut
0 comments:
Post a Comment