BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Ciri-ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu
Melaka.
Wilayah pengaruh
• Kawasan tempat tinggal rakyat
• Sempadannya diterima umum
• Kawsan yang rakyatnya menerima dan memperakuai
pemerintahan seorang raja
• Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh
yang luas walaupun sempadan tidak ditetapkan.
• Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu
dan seluruh timur Sumatera.
Kedaulatan
• Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah
wilayah
• Tidak boleh dihadkan mana-mana pihak
• Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah
Negara atau pemerintah
• Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya
• Negera itu bebas daripada campurtangan, paksaan, taklukan
atau perintah kuasa asing.
• Dalam Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk terus
kepada raja yang memerintah.
Lambang-lambang
• Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah
Negara.
• Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing
penyatuan Negara dan bangsa.
• Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga dilambangkan
dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protocol dan
adat-istiadat istana.
Undang-undang
• Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah
diwartakan.
• Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan
melindungi rakyat.
• Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan,
kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh mesyarakat.
• Zaman Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis
dipegaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka
dan Undang-Undang Laut Melaka.
• Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasa.
• Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang
larang dikalangan anggota masyarakat.
• Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam, undang-uandang
keluarga dan lainlain.
• Undang-undang Laut Melaka
• Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan tatacara
pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran,
perniagaan, bidang kuasa nakhhoda kapal dan hukiman bagi kesalahan jenayah.
Rakyat
• Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
• Mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang
dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
• Zaman Melaka rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang
memerintah
Kerajaan
• Badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran, jaga
keamanan , pertahan kedaulatan Negara dan jalin hubungan diplomatic dengan
negara lain.
• Zaman Melaka raja atau sultan merupakan pemerintah
tertinggi yang dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana.
Warisan Negeri-Negeri Melayu.
1. Unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang
diamalkan di negeri-negeri Melayu.
• Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor,
Perak, dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
• Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat
melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu berkembang di negeri-negeri tersebut.
• Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
• Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan pada
awal nama masingmasing.
• Sistem warisan takhta di negeri-negeri tersebut
mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
• Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang
mewarisi takhta kerajaan.
• Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki
sultan boleh mewarisi takhta.
• Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti
diamalkan oleh Melaka.
• Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada
gelaran pembesarnya, disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan
tempatan.
• Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum
kanun Melaka untuk disesusikan dengan unsure tempata.Contoh Undang-Undang Pahang
yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596.
2. Persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.
• Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
• Agama Islam sebagai agama negeri
• Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama Islam
• Raja merupakan waris pemerintah
• Raja berhak memilih Menteri Besar / dilantik oleh Sultan
• Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri
dengan perkenan Raja
• Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan
dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri dan rakyat
• Mesyuarat kerajaan dikutuai oleh Menteri Besar
• Jemaah Menteri mempunyai kuasa perundangan
3. Perbezaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.
• Undang-undang tersebut diperkenal untuk negeri
masing-masing.
• Tarikh Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu diperkenalkan
pada tahun 1911 manakala Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh
Sultan Abu Bakar manakala Undang-Undang Tubuh Negeri Terenggan oleh Sultan
Zainal Abidin III.
• Undang-undang Johor dikenali Undang-undang Tubuh Kerajaan
Johor manakala undang-undang Terengganu dikenali sebagi Undang-Undang Tubuh
Negeri Terengganu atau Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang bermaksud
keyakinan kepada pemerintah yang berdsarkan keadilan.
4. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk
melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.
• Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad
I(1801-1836).
• Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu
pentadbirannya.
• Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem
Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
• Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
• Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas
masing-masing.
• Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:
• Jemaah Penasihat Raja
- mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
• Jemaah Menteri Istana
- mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh
negeri kelantan.
• Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman
- mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan
kehakiman.
• Jemaah Menteri Dalam Negeri
-Menjaga keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Luar Negeri
-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.
• Jemaah Menteri Perbendaharaan
-Mengendali harta benda dan hasil mahsur.
• Jemaah Menteri Peperangan
-Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri
-Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.
5. Sembilan buah daerah dalam Negeri sembilan.
• Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti,
Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.
6. Gelaran tertinggi pemerintah Negeri Sembilan
• Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.
7. Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri
Sembilan
• Negeri sembilan mengamalkan sistem pemerintahan
berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
• Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat palin, bawah
iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya
melantik Yang Dipertuan Besar.
• Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak
dan Anak Buah walaupun Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
• Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar
adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
• Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh
Lembaga.
• Undang dipertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan
Besar.
• Lembaga dilantik oleh Buapak .Buapak merupakan ketua suku
anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
• Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi
Undang.
• Buapak merupakan ketua Perut.Buapak menjadi tempat rujukan
bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.
• Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.
• Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetepi
mengagihkan tersebut kepada individu mengikut pangkat.
• Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur
demokrasi.
8. Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat
Perpatih
• Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
• Semangat gotong-royong, dalam sebarang pekerjaan.
• Saling menghormati di antara satu sama lain.
• Bermuafakat untuk memilih pemimpin.
• Semangat kerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.
0 comments:
Post a Comment